Friday, February 18, 2011

ISU KESATUAN...

Baru ini sekelompok sahabat-sahabat dari UiTM ingin menubuhkan persatuan alumni untuk kursus-kursus fotografi. Satu langkah yang berani dan murni. I like! Malangnya, ada segelintir yang sangat negatif dengan memberikan komen-komen yang tidak mendatangkan faedah. Wujud pula isu dominasi, hipokrasi dan pelbagai isu-isu yang dah basi. Banyak tekanan dikenakan kepada orang yang mengambil insisatif itu. Dahlah takda inisiatif, bantu jauhlah sekali. Kesian betul.

Ini merupakan inisiatif untuk membangunkan satu persatuan alumni, tiada istilah aku senior dan engkau junior. Semua sama dan setaraf. Apabila seseorang itu senior, tak semestinya dia lebih bagus dari seorang junior. Ingatlah skit, kalau awak rasa awak senior, ramai lagi senior atas awak. Persatuan Alumni saya sokong dan dokong sepenuhnya! Usaha murni pihak penganjur amat dihargai.

Senario sebegini agak menular dalam persatuan-persatuan fotografi yang didominasi oleh orang melayu kebanyakkannya. Dari pemerhatian saya, ASFON NS dan ASFON Perak adalah makmur dan aktif. Dari top management sampai ke ahli-ahli semuanya sangat committed kepada semua aktiviti persatuan. Sumbangan ahli-ahli dari aspek buah fikiran dan kewangan adalah menakjubkan bagi memastikan perjalanan persatuan. Ada juga beberapa ASFON lain seperti yang amat mementingkan kewangan dan kocek AJK-AJK sahaja. Apa yang penting?
PROJEK!PROJEK!PROJEK!PROJEK! Sedih melihat kepincangan yang sangat jelas lagi nyata ini. Perkara ini amat berlainan dengan persatuan-persatuan fotografi yang didominasi oleh bangsa lain. Apa-apa yang dilakukan adalah untuk persatuan. Tiada kepentingan individu. LENSAPURBA menyeru agar perkara sebegini diperbaiki dan diperbetulkan. Majulah FOTOGRAFI!

No comments:

Post a Comment