Saturday, February 26, 2011

APA AKU NAK BUAT!

Semasa aku masih remaja, lepas SPM. Aku tidak tahu apa yang aku mahu dalam hidup ini. Punyai cita-cita yang sangat tinggi.... Nak jadi doktor. Dahlah matapelajaran Sains dengan Matematik agak gagal. Bukan tak pandai, tak berapa minat. (ayat-ayat cover line kalau anak tanya nanti). Practice. Zaman persekolahan merupakan zaman yang sangat indah. Sekiranya boleh kembali ke masa silam, pasti aku berikrar untuk belajar bersungguh-sungguh. Sumpah! Selepas SPM barulah aku mengerti akan realiti sebenarnya kehidupan. Aku membantu abang sulungku menjual gas diseluruh negeri Melaka. Hari pertama seronok, hari kedua seronok, hari ketiga dah kurang sedikit seronoknya, hari keempat terasa sedikit 'pressure' nya dan hari berikut-berikutnya semakin membosankan. Aku bertanya kepada diriku. Adakah ini yang aku mahu buat selama-lamanya dalam hidupku? Aku tidak menghina kepada orang-orang yang bekerja sedemikian. Cuma, adakah ini jalan terakhir. Pada tika itu, aku cuma 17 tahun.
 Aku mendapat jalan penyelesaian... Pendidikan merupakan jalan keluar dari kehidupan yang sebegini. Aku bertekad mahu belajar, apa-apa tawaran yang datang aku tidak akan sia-siakan. Alhamdulilah... aku menerima 5 tawaran:
 a) UiTM- Diploma Fotografi
b) ALAM - Kurusus Chef
c) UPM, UKM dan UM - IELTS

Mesti ada yang pelik, mustahil dapat banyak offer macam nie. Dulu, zaman saya mana ada UPU. Mohon saja semua, dapat pergilah. Dapat tawaran rasa sedikit lega, tapi....... Saya nak jadi apa. Lepas bertafakur, bertahajud dan sebagainya, saya sedari yang cinta saya kepada bidang seni mengatasi segala-galanya. Fotografi bidang yang saya rasa cun jugak. Mulalah berangan... Masa pohon ALAM - Kursus Chef adalah disebabkan minat memasak. Sekarang ni memasak kira terrerlah jugak. Sori, angkat bakul. IELTS pulak sebab minat juga nak jadi cikgu bahasa English. Walaupun SPM saya tak seberapa, keyakinan diri membuatkan saya bersyukur.

Kepada pembaca-pembaca yang dikasihi, masa depan anda merupakan sesuatu yang penting. Buatlah keputusan yang bijak. Tidak semua orang ditakdirkan jadi doktor, peguam, jurutera, akauntan dan sebagainya. Jadilah diri anda sendiri, sayangilah diri anda dan pilihlah apa yang anda mahu. Jangan memilih kerjaya mengikut kehendak ibu bapa. Anda tidak akan berasa gembira sepanjang belajar dan bekerja nanti.

Akhir kata 'Be Yourself'

No comments:

Post a Comment