Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap
harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya,
Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu
pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya.
Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahwa yang menyuapinya
itu adalah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari
sampai beliau wafat.
Setelah wafatnya Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan
makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari sahabat terdekat Rasulullah SAW yakni Abubakar RA berkunjung ke rumah anaknya Aisyah RA yang tidak lain tidak bukan merupakan isteri Rasulullah SAW dan beliau bertanya kepada anaknya itu,Anakku, adakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan?
Aisyah RA menjawab,Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan
hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja. Apakah Itu?, tanya Abubakar RA. Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk
seorang pengemis Yahudi buta yang ada disana, kata Aisyah RA.
Keesokan harinya Abubakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abubakar RA mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abubakar RA mulai menyuapinya, sipengemis marah sambil menghardik, Siapakah kamu?
Abubakar RA menjawab,Aku orang yang biasa (mendatangi engkau).
Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku, bantah si
pengemis buta itu.
Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak
susah mulut ini mengunyah.Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut,
setelah itu ia berikan padaku, pengemis itu melanjutkan perkataannya.
Abubakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata
kepada pengemis itu, Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW.
Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abubakar RA, dan kemudian berkata, Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun,
ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia....
Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abubakar RA saat itu juga dan sejak hari itu menjadi muslim.
Sebarkanlah riwayat ini ke sebanyak orang apabila kamu mencintai
Rasulullahmu...
Sadaqah Jariah salah satu dari nya mudah dilakukan, pahalanya?
MasyaAllah....macam meter taxi...jalan terus.
Sadaqah Jariah - Kebajikan yang tak berakhir.
1.. Berikan al-Quran pada seseorang, dan setiap dibaca, Anda mendapatkan
hasanah.
2. Sumbangkan kursi roda ke RS dan setiap orang sakit menggunakannya, Anda
dapat hasanah.
4. Bantu pendidikan seorang anak.
5. Ajarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap bacaan do'a itu, Anda dapat
hasanah.
6. Bagi CD Quran atau Do'a.
7. Terlibat dalam pembangunan sebuah mesjid.
8. Tempatkan pendingin air di tempat umum.
9. Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau binatang berlindung
dibawahnya, Anda dapat hasanah.
10. Bagikan email ini dengan orang lain. Jika seseorang menjalankan salah
satu dari hal diatas,
Anda dapat hasanah sampai hari Qiamat.
Aminnnnnn....
LENSAPURBA
Monday, March 28, 2011
Saturday, February 26, 2011
APA AKU NAK BUAT!
Semasa aku masih remaja, lepas SPM. Aku tidak tahu apa yang aku mahu dalam hidup ini. Punyai cita-cita yang sangat tinggi.... Nak jadi doktor. Dahlah matapelajaran Sains dengan Matematik agak gagal. Bukan tak pandai, tak berapa minat. (ayat-ayat cover line kalau anak tanya nanti). Practice. Zaman persekolahan merupakan zaman yang sangat indah. Sekiranya boleh kembali ke masa silam, pasti aku berikrar untuk belajar bersungguh-sungguh. Sumpah! Selepas SPM barulah aku mengerti akan realiti sebenarnya kehidupan. Aku membantu abang sulungku menjual gas diseluruh negeri Melaka. Hari pertama seronok, hari kedua seronok, hari ketiga dah kurang sedikit seronoknya, hari keempat terasa sedikit 'pressure' nya dan hari berikut-berikutnya semakin membosankan. Aku bertanya kepada diriku. Adakah ini yang aku mahu buat selama-lamanya dalam hidupku? Aku tidak menghina kepada orang-orang yang bekerja sedemikian. Cuma, adakah ini jalan terakhir. Pada tika itu, aku cuma 17 tahun.
Aku mendapat jalan penyelesaian... Pendidikan merupakan jalan keluar dari kehidupan yang sebegini. Aku bertekad mahu belajar, apa-apa tawaran yang datang aku tidak akan sia-siakan. Alhamdulilah... aku menerima 5 tawaran:
a) UiTM- Diploma Fotografi
b) ALAM - Kurusus Chef
c) UPM, UKM dan UM - IELTS
Mesti ada yang pelik, mustahil dapat banyak offer macam nie. Dulu, zaman saya mana ada UPU. Mohon saja semua, dapat pergilah. Dapat tawaran rasa sedikit lega, tapi....... Saya nak jadi apa. Lepas bertafakur, bertahajud dan sebagainya, saya sedari yang cinta saya kepada bidang seni mengatasi segala-galanya. Fotografi bidang yang saya rasa cun jugak. Mulalah berangan... Masa pohon ALAM - Kursus Chef adalah disebabkan minat memasak. Sekarang ni memasak kira terrerlah jugak. Sori, angkat bakul. IELTS pulak sebab minat juga nak jadi cikgu bahasa English. Walaupun SPM saya tak seberapa, keyakinan diri membuatkan saya bersyukur.
Kepada pembaca-pembaca yang dikasihi, masa depan anda merupakan sesuatu yang penting. Buatlah keputusan yang bijak. Tidak semua orang ditakdirkan jadi doktor, peguam, jurutera, akauntan dan sebagainya. Jadilah diri anda sendiri, sayangilah diri anda dan pilihlah apa yang anda mahu. Jangan memilih kerjaya mengikut kehendak ibu bapa. Anda tidak akan berasa gembira sepanjang belajar dan bekerja nanti.
Akhir kata 'Be Yourself'

Friday, February 18, 2011
ISU KESATUAN...
Baru ini sekelompok sahabat-sahabat dari UiTM ingin menubuhkan persatuan alumni untuk kursus-kursus fotografi. Satu langkah yang berani dan murni. I like! Malangnya, ada segelintir yang sangat negatif dengan memberikan komen-komen yang tidak mendatangkan faedah. Wujud pula isu dominasi, hipokrasi dan pelbagai isu-isu yang dah basi. Banyak tekanan dikenakan kepada orang yang mengambil insisatif itu. Dahlah takda inisiatif, bantu jauhlah sekali. Kesian betul.
Ini merupakan inisiatif untuk membangunkan satu persatuan alumni, tiada istilah aku senior dan engkau junior. Semua sama dan setaraf. Apabila seseorang itu senior, tak semestinya dia lebih bagus dari seorang junior. Ingatlah skit, kalau awak rasa awak senior, ramai lagi senior atas awak. Persatuan Alumni saya sokong dan dokong sepenuhnya! Usaha murni pihak penganjur amat dihargai.
Senario sebegini agak menular dalam persatuan-persatuan fotografi yang didominasi oleh orang melayu kebanyakkannya. Dari pemerhatian saya, ASFON NS dan ASFON Perak adalah makmur dan aktif. Dari top management sampai ke ahli-ahli semuanya sangat committed kepada semua aktiviti persatuan. Sumbangan ahli-ahli dari aspek buah fikiran dan kewangan adalah menakjubkan bagi memastikan perjalanan persatuan. Ada juga beberapa ASFON lain seperti yang amat mementingkan kewangan dan kocek AJK-AJK sahaja. Apa yang penting?
PROJEK!PROJEK!PROJEK!PROJEK! Sedih melihat kepincangan yang sangat jelas lagi nyata ini. Perkara ini amat berlainan dengan persatuan-persatuan fotografi yang didominasi oleh bangsa lain. Apa-apa yang dilakukan adalah untuk persatuan. Tiada kepentingan individu. LENSAPURBA menyeru agar perkara sebegini diperbaiki dan diperbetulkan. Majulah FOTOGRAFI!

Permulaan Sesuatu.....
Saya dikurniakan tuhan dengan sedikit ilmu pengetahuan fotografi... Saya ingin memulakan blog ini dengan tujuan untuk berkongsi sedikit ilmu dengan pembaca-pembaca yang dikasihi. Pemikiran saya yang agak radikal berkenaan ilmu fotografi mungkin dipersetujui dan mungkin tidak disenangi oleh sesetengah pihak penggiat seni fotografi. Saya belajar fotografi secara formal didalam dan diluar negara. Saya berpengalaman dalam bidang fotografi selama 16 tahun. Menyertai beberapa persatuan fotografi tanahair secara aktif. Mencintai fotografi sesangat. Ikutilah blog saya ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)